Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

28 kilang sarung tangan Top Glove di M'sia ditutup secara berperingkat ekoran jangkitan Covid-19

Nov 23, 2020 | 09:02 PM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat menyusuli peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.



Berita Harian Malaysia melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penutupan secara berperingkat itu akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove.



"Setakat hari ini, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan 5,794 saringan ke atas pekerja kilang Top Glove dan sebanyak 1,889 kes positif Covid-19 direkodkan.



"Untuk hari ini sahaja, sebanyak 1,067 kes positif Covid-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove," katanya dalam sidang media harian pada Isnin (23 November)



Katanya, penutupan 28 kilang itu adalah bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.



Top Glove menghasilkan 220 juta sarung tangan getah pakai buang setiap hari, Nilai syarikat ini bertambah sekurang-kurangnya enam kali tahun ini (2020) - menjadikannya syarikat tersenarai kedua terbesar di Malaysia - kerana peningkatan permintaan sarung tangan yang banyak sewaktu pandemik ini. 



Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu (17 November) selepas KKM mengesan 215 kes positif Covid-19.



Pelaksanaan PKPD di kawasan asrama asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 membabitkan 5,700 pekerja yang tinggal di asrama lelaki dan wanita serta 1,200 penduduk di kawasan berhampiran. - BERITA HARIAN MALAYSIA



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >