Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 angkasawan China berlepas ke stesen angkasa baru

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Kumpulan angkasawan pertama berlepas ke stesen angkasa lepas China yang baru semalam sekali gus langkah bersejarah dalam meletakkan Beijing sebagai antara kuasa utama angkasa lepas.



Tiga angkasawan tersebut menaiki roket Long March-2F menuju ke Tiangong tempat mereka akan berada di stesen angkasa lepas tersebut selama tiga bulan.



Sebelum berlepas, tiga angkasawan itu melambai ke arah orang ramai, termasuk keluarga dan petugas tapak pelancaran terbabit.



Pelepasan itu disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan dan merupakan yang pertama kali dalam tempoh lima tahun.



Ketua Komander Program Angkasa Lepas China, Encik Li Shangfu, turut mengucapkan selamat kepada ketiga-tiga angkasawan tersebut.



Roket Long March-2F dilancarkan pada 9.22 pagi (waktu tempatan) dari pusat pelancaran Jiuquan di Gurun Gobi, barat laut China.



Selepas 10 minit kemudian, Long March-2F sampai ke orbit, manakala kapal angkasa tersebut berpisah daripada badan roket tersebut.



"Menurut laporan pusat kawalan aeroangkasa Beijing, roket Long March-2F telah menghantar kapal angkasa Shenzhou-12 ke orbit yang ditetapkan.



"Panel solar kapal angkasa itu terbuka dengan jayanya dan kami mengisytiharkan misi Shenzhou-12 berjaya sepenuhnya," kata Pengarah Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, Zhang Zhifen.



Kapal angkasa Shenzhou-12 akan berlabuh dengan seksyen utama stesen angkasa lepas itu yang diletakkan di orbit pada 29 April lalu. Anak kapal berkenaan akan ditempatkan di modul teras stesen angkasa Tianhe untuk menjalankan misi selama tiga bulan merangkumi penyenggaraan luar kabin, penggantian peralatan dan lain-lain.- AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >