Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 cedera dek serpihan bom di Thailand

May 28, 2022 | 05:30 AM



NARATHIWAT (Thailand): Seorang askar dan dua sukarelawan pertahanan Thailand cedera apabila sekumpulan pemisah melepaskan tembakan dan melemparkan bom paip ke sebuah balai polis marin di wilayah Narathiwat pada Rabu malam (25 Mei), kata pihak polis negara itu.



Serangan ke atas Balai Polis Marin Tak Bai di Tambon Jeh He daerah Tak Bai berlaku sekitar 9.30 malam.



Ia diikuti dengan satu lagi letupan di depan sebuah kedai serbaneka kira-kira 1.3 kilometer daripada tapak serangan pertama, sekitar lima minit kemudian.



Polis menyatakan sebilangan penyerang yang tidak diketahui jumlahnya telah melepaskan tembakan dan melontar bom ke arah balai itu, mengakibatkan berlakunya tembakan.



Balai polis marin itu terbakar selepas letupan itu.



Bunyi tembakan oleh kedua-dua pihak telah menggerunkan penduduk Thai dan juga negara jirannya, Malaysia, yang berdekatan.



Balai itu terletak di sempadan dan rakyat Malaysia dilihat berdiri di pagar sempadan untuk memerhatikan pertempuran, manakala penduduk Thai bergegas mencari perlindungan.



Selepas penyerang berundur dan tembakan berhenti, seorang askar dan dua sukarelawan pertahanan yang mengawal pos kawalan keselamatan di depan balai polis didapati cedera.



Mereka cedera ekoran terkena serpihan bom. Seorang daripada mereka mengalami kecederaan lebih serius apabila serpihan terkena bahagian atas pinggulnya.



Mereka bertiga dikejarkan ke Hospital Tak Bai untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke hospital wilayah Narathiwat.



Lima minit selepas serangan ke atas balai polis, satu letupan berlaku di luar sebuah kedai serbaneka di kampung Ban Taba di Tambon Jeh He.



Tiada sesiapa cedera dalam kejadian kedua.



Polis mengepung dua tapak serangan itu bagi siasatan lanjut. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >