Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 ditahan siar iklan haji palsu di Makkah

May 15, 2024 | 01:23 PM



MAKKAH: Polis wilayah Makkah menahan tiga orang kerana menyiarkan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan, di wadah media sosial kerana menipu bakal anggota jemaah haji.


Mereka mendakwa dalam iklan, akan menyediakan penginapan untuk jemaah haji dan mengatur pengangkutan mereka di Mina, Muzdalifah dan Arafah, lapor Saudi Gazette.


Polis Makkah berkata bahawa tindakan undang-undang telah diambil dan merujuk mereka ke pengadilan.

Agensi Keselamatan Awam menyeru umat islam supaya tidak membalas iklan palsu di laman media sosial, tentang dakwaan memudahkan pelaksanaan haji bagi pihak orang lain, menjual gelang elektronik haji, menyediakan haiwan korban untuk tetamu Allah dan mengagihkan daging korban.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa tidak akan ada sebarang kelonggaran terhadap penipuan dan langkah hukuman yang ketat yang ditetapkan oleh undang-undang akan diambil terhadap mereka.

Pihaknya turut berkata sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau wadah elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan yang bertauliah.

“Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang”, kata kenyataan tersebut.

Sementara itu di Riyadh, sejumlah 19,710 penduduk haram telah ditangkap dalam serbuan pemeriksaan di semua wilayah Saudi pada minggu pertama Mei, kata Kementerian Dalam Negeri.

Pendatang haram yang ditangkap termasuk 12,961 pelanggar Undang-undang Residensi; 4,177 pelanggar Undang-undang Keselamatan Sempadan; dan 2,572 pelanggar Undang-undang Buruh, agensi akhbar Saudi melaporkan memetik kenyataan kementerian.


Pendatang tanpa izin itu diberkas semasa kempen keselamatan yang dilancarkan dari 2 Mei hingga 8 Mei.

Jumlah keseluruhan orang yang ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan ke Arab Saudi adalah 979 orang, 41 peratus daripadanya adalah warga Yaman, 54 peratus warga Habsyah dan tiga peratus adalah warganegara lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >