Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 kawasan di Johor catat tahap udara tidak sihat

Oct 7, 2023 | 3:31 PM
JEREBU MELANDA: Pemandangan di sekitar Larkin agak kabur dek diselubungi jerebu dengan  bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 156 atau paras tidak sihat. Dua lagi kawasan, Pasir Gudang dan Batu Pahat, juga catat API tidak sihat.
JEREBU MELANDA: Pemandangan di sekitar Larkin agak kabur dek diselubungi jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 156 atau paras tidak sihat. Dua lagi kawasan, Pasir Gudang dan Batu Pahat, juga catat API tidak sihat. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi Sabtu, manakala 54 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana.

Hingga 9 pagi, laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims) menunjukkan IPU tidak sihat di Johor direkodkan stesen udara Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat, masing-masing dengan 156, 152 dan 122.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik; 51 hingga 100 (sederhana); 101 hingga 200 (tidak sihat); 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, antara 54 kawasan yang mencatatkan IPU tahap sederhana ialah Banting di Selangor dengan bacaan 90; Seremban, Negeri Sembilan (87); Alor Gajah, Melaka (85), Tanjung Malim, Perak (60); Kemaman, Terengganu (74); Alor Setar, Kedah (53); Sri Aman, Sarawak (67) dan Tawau, Sabah (66).

Data sama turut menunjukkan sebanyak 11 kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik, antaranya Taiping di Perak dengan 44; Kangar, Perlis (49); Sungai Petani, Kedah (37) dan Kota Kinabalu, Sabah (45).

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Cik Lim Hui Ying, menyatakan bahawa sekolah boleh ditutup tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk, iaitu IPU melebihi 200.

Beliau juga menggesa pihak sekolah supaya sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Malaysia, yang bimbang dengan keadaan jerebu rentas sempadan yang berlarutan, juga telah menghantar surat kepada pihak berkuasa Indonesia.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan surat itu sudah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia.

Beliau berkata tindakan itu dibuat susulan arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya pihaknya menyelaras dengan rakan sejawat dalam Asean, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.

Sebelum ini, Indonesia menafikan dakwaan jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg