Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 kedai minyak JB disiasat jual RON95 pada kereta asing

Hanya petrol gred Ron97 boleh dijual kepada kenderaan pendaftaran asing
Apr 09, 2022 | 05:30 AM



Singapura dan Malaysia membuka semula sempadan antara dua negara itu mulai 1 April, termasuk sempadan darat. Sejak itu, pemandu kereta Singapura mendapat perhatian di media Malaysia, antara lain kerana mengepam minyak bersubsidi yang dikhususkan bagi warga tempatan dan memandu laju. 



JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia menyiasat sekurang-kurangnya tiga kedai minyak di bandar ini kerana dipercayai menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.



Pengarah KPDNHEP Johor, Encik Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata setakat ini pihaknya menerima tujuh aduan berhubung kesalahan itu sejak sempadan Malaysia-Singapura dibuka 1 April lalu, lapor Berita Harian Malaysia.



"Kita buat pemeriksaan setiap hari ke atas stesen minyak bagi memastikan tiada kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi (petrol) Ron95.



"Sehingga kini kita menerima tujuh aduan dan tiga daripadanya dalam siasatan. Kita akan menyiasat dengan pelbagai kaedah, termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



"Pemantauan dan pemeriksaan lebih lanjut dilakukan. Jika benar bersalah kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha stesen minyak.



"Kita minta kepada semua stesen minyak supaya ambil langkah pencegahan. Pastikan setiap stesen minyak ada elemen kawalan dan pemantauan sendiri.



"Sekiranya didapati ada kesalahan, kami akan ambil tindakan," katanya selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah stesen minyak di Jalan Tampoi.



Sebelumnya, Pengarah KPDNHEP, Encik Azman Adam, mendedahkan dua stesen minyak di Johor sedang disiasat kerana didapati sengaja menjual petrol Ron95 kepada beberapa kenderaan yang mempunyai plat pendaftaran Singapura.



Kenderaan pendaftaran asing hanya boleh mengisi petrol gred Ron97. Larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing dilaksana sejak 1 Ogos 2010.



Pemilik stesen minyak yang didapati gagal mematuhi perkara itu boleh disiasat di bawah undang-undang yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta ($322,984) atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-dua hukuman.



Sebelum itu, beberapa gambar warga Singapura mengisi minyak bersubsidi di stesen minyak di Johor tular di media sosial dan mendapat kritikan warganet.



Encik Hairul Anuar turut meminta orang awam menyalurkan maklumat dan aduan dengan jelas.



Ketiadaan maklumat jelas seperti lokasi dan waktu kejadian menyukarkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap pemilik stesen minyak terbabit, ujarnya.



"Kita sama-sama pastikan hak pengguna di Johor sentiasa dilindungi.



"Tindakan KPDNHEP hanya ke atas pengusaha stesen minyak, tidak terhadap pemilik kenderaan, sebab inilah penting pihak pengusaha perlu pastikan perkara ini tidak berlaku.



"Langkah kawalan perlu dibuat sendiri oleh stesen. Kita ada tetapkan notis pemberitahuan dan pengusaha stesen minyak perlu mematuhi peraturan yang sudah dikeluarkan dengan jelas," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >