Topik diikuti
Pergi ke BHku3 lelaki 'militan IS' serang hotel di Tripoli, akibatkan 9 maut
Antara yang terkorban beberapa diplomat asing
Jan 29, 2015 | 5:30 AM
3 lelaki 'militan IS' serang hotel di Tripoli, akibatkan 9 maut
TRIPOLI: Sembilan diplomat dan orang kenamaan terbunuh selepas tiga lelaki bersenjata, yang mendakwa mewakili militan yang menamakan kumpulan mereka Negara Islam (IS), melakukan serangan di sebuah hotel mewah di ibu negara Libya itu.
Jurucakap pegawai keselamatan, Encik Issam Al-Naass, berkata serangan rambang itu dilakukan selepas tiga orang tersebut meninggalkan sebutir bom kereta di luar Hotel Corinthia.