Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 maut dalam gelombang serangan di selatan Thai

Nov 04, 2016 | 10:29 AM



BANGKOK: Pegawai keselamatan berjaga-jaga selepas tiga orang terbunuh dalam beberapa serangan bom dan tembakan di selatan Thailand yang bergolak pada Rabu malam (2 Nov).



Sekurang-kurangnya enam serangan melanda Pattani, Songkhla dan Narathiwat pada hari sama Timbalan Menteri Pertahanan Udomdej Sitabutr melawat rantau yang dibelenggu pemberontakan itu, untuk memulakan kerja 'Kabinet perintah di depan', yang ditubuhkan baru-baru ini untuk mempercepat proses membuat keputusan.



Seorang askar ditembak mati oleh lelaki bersenjata di Pattani berhampiran pejabat bagi veteran perang, kata Kolonel Pramote Prom-In, jurucakap Operasi Perintah Keselamatan Dalaman di situ.



Di Songkhla, dua pengawal keselamatan di sebuah bilik pameran kereta ditembak oleh militan, dan tempat itu dibom.



Gangguan bekalan elektrik pula dilaporkan berlaku selepas beberapa tiang elektrik tumbang dek letupan. Lelaki bersenjata juga membakar sebuah kedai serbaneka di sebuah kedai minyak di Pattani.



"Mereka memaksa semua kakitangan meninggalkan kedai itu, mencuri banyak barang dan kemudian membakar kedai tersebut," kata Kol Pramote.



Walaupun rundingan damai sedang dijalankan secara rasmi di Malaysia, yang bertindak sebagai fasilitator, pemerhati tidak mengharapkan banyak kemajuan disebabkan keengganan pemerintahan tentera Thai menimbangkan memberi konsesi politik atau mengiktiraf kumpulan induk yang mewakili pemberontak dalam rundingan.



Ketua perunding Thailand, Jeneral Tulisan Kerdphol, yang bercakap selepas pusingan terbaru rundingan di Kuala Lumpur minggu lalu, mendedahkan beliau telah meminta pemberontak "berdiam" sementara negara itu berkabung kerana kematian Raja Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia pada 13 Oktober.



Bagaimanapun, keganasan tetap berterusan di selatan, walaupun musuh politik junta tersebut menahan diri di kawasan lain di negara itu.



Langkah Bangkok membentuk 'Kabinet' bagi rantau selatan itu dikritik oleh penduduk tempatan kerana kebanyakan daripada 13 anggotanya adalah pegawai tentera dan tidak ada dari rantau tersebut sendiri.



"Mereka tidak tahu keadaan Patani, dan mereka tidak tahu budaya Patani," kata Encik Hakim Pongtigor, penyelaras kumpulan sokongan Pemerhati Patani.



'Patani' digunakan oleh penduduk tempatan untuk menggambarkan rantau itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >