Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 pegawai tentera udara India dipecat

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Pemerintah India kelmarin telah memecat tiga pegawai tentera udaranya selepas mereka secara tidak sengaja melepaskan peluru berpandu terhadap senjata nuklear negara jiran, Pakistan.



Keputusan dicapai selepas siasatan selama berbulan-bulan oleh New Delhi.



Peluru berpandu supersonik BrahMos didakwa dilancarkan secara tidak sengaja dari pangkalan tentera rahsia di utara India pada awal Mac sebelum mendarat kira-kira 125 kilometer di dalam wilayah Pakistan tanpa menyebabkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda.



Dalam satu kenyataan tentera udara India, pihaknya berkata siasatan ke atas insiden itu mendapati tiga pegawainya bersalah kerana melanggar prosedur operasi standard yang membawa kepada kemalangan itu.



"Ketiga-tiga pegawai ini dipertanggungjawabkan atas kejadian itu dan perkhidmatan mereka ditamatkan oleh Kerajaan Pusat berkuat kuasa serta-merta," kata kenyataan itu.



Islamabad berkata, satu objek terbang super-sonik dilihat pada 40,000 kaki dari India telah melanggar ruang udaranya dan mengenai kawasan awam yang tidak berpenghuni pada 9 Mac lalu.



New Delhi segera mengakui kesilapan itu, yang didakwa oleh Islamabad membahayakan pesawat udara awam dan membuat bantahan diplomatik.



India amat menyesali kejadian itu dan menjanjikan siasatan di peringkat tertinggi.



Pakistan pula menuntut siasatan bersama ke atas kemalangan itu dan mempersoalkan protokol keselamatan nuklear dan peluru berpandu New Delhi.



BrahMos ialah antara peluru berpandu nuklear barisan hadapan India dan dipercayai antara peluru berpandu jelajah terpantas di dunia.



Peluru yang boleh dilancarkan dari darat, laut dan udara itu bergerak pada kelajuan tiga kali ganda bunyi dibangunkan bersama oleh India dan Russia yang dinamakan sempena sungai India Brahmaputra dan Sungai Moskva Russia, dengan jarak antara 300 hingga 700 kilometer.



Pada 11 Mac lalu, India mendakwa tersilap menembak peluru berpandu ke Pakistan kerana 'kerosakan teknikal' ketika penyenggaraan rutin.



India dan Pakistan sudah tiga kali berperang sebelum ini, terkini pada 2019 yang menyaksikan tentera kedua-dua negara yang memiliki senjata nuklear itu bertempur. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >