Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 pengkaji makmal Wuhan dapat rawatan hospital sebelum wabak Covid-19 didedah

May 25, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Tiga pengkaji dari Institut Virologi Wuhan (WIV), China telah mendapatkan rawatan perubatan pada November 2019, beberapa bulan sebelum China mendedahkan tentang pandemik Covid-19, demikian mengikut laporan Wall Street Journal Ahad lalu.



Ia menyatakan demikian sebagai menukil laporan risikan Amerika Syarikat yang tidak didedahkan sebelum ini.



Akhbar itu berkata laporan tersebut menawarkan perincian terkini berhubung bilangan pengkaji yang terjejas, tempoh mereka jatuh sakit dan lawatan ke hospital.



Ia mungkin boleh memberi lebih banyak penjelasan sama ada virus Covid-19 mungkin telah merebak keluar dari makmal.



Laporan itu terbit sehari sebelum mesyuarat badan pembuat keputusan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), yang dijangka membincangkan fasa seterus siasatan berhubung asal usul Covid-19.



Seorang jurucakap Majlis Bandaran Nasional tidak mempunyai sebarang komen mengenai laporan Jurnal itu tetapi berkata pentadbiran presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden terus mempunyai "soalan serius mengenai hari-hari pertama pandemik Covid-19, termasuk asal usulnya di China."



Menurutnya pemerintah Amerika telah bekerjasama dengan WHO dan beberapa negara anggota lain untuk menyokong penilaian pakar mengenai asal usul pandemik "yang bebas daripada campur tangan atau pempolitikan."



Jurnal itu berkata bekas pegawai dan yang sedia ada tahu tentang risikan mengenai pengkaji makmal itu, melahirkan pelbagai pandangan mengenai kekuatan bukti laporan tersebut.



Mac lalu, Amerika, Norway, Canada, Britain dan negara lain telah melahirkan keprihatinan kepada WHO mengenai kajian awal Covid-19 dan menggesa agar siasatan berterusan dijalankan selain akses penuh kepada butiran manusia serta haiwan mengenai tahap awal penularan itu.



Washington juga ingin memastikan kerjasama dan ketelusan lebih kukuh oleh China, menurut satu sumber yang mengetahui tentang usaha itu.



Kedutaan China di Washington tidak memberikan respons serta-merta kepada permintaan untuk memberi komen Ahad lalu.



Pada Ahad lalu juga, Kementerian Ehwal Luar China berkata pasukan yang diketuai WHO menyimpulkan bahwa satu pembocoran makmal tidak mungkin terjadi menyusuli satu lawatan ke institut virologi pada Februari.



"Amerika terus menukil tentang teori pembocoran makmal," kata kementerian itu sebagai respons kepada permintaan untuk memberi komen berhubung jurnal itu.



"Adakah ia benar-benar prihatin untuk menjejak sumbernya atau cuba untuk mengalihkan perhatian?"



Pentadbiran mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump berkata ia mengesyaki virus itu mungkin menular keluar dari makmal China - dakwaan yang ditolak China,



Lembaran fakta yang dikeluarkan Jabatan Negara pada penghujung pentadbiran Encik Trump telah menyatakan bahawa "pemerintah Amerika mempunyai sebab mempercayai beberapa pengkaji di dalam WIV jatuh sakit pada musim bunga 2019, sebelum kes pertama penularan dikenal pasti, dengan gejala yang konsisten dengan kedua-dua Covid-19 dan sakit musiman biasa yang lain".



Ia tidak menyatakan berapa ramai pengkaji.



China juga enggan memberikan sebarang butiran mengenai kes awal Covid-19 kepada pasukan WHO, yang sedang meneliti asal usul pandemik.



Demikian menurut salah seorang penyiasat pasukan itu sepertimana yang dilaporkan Reuters pada Februari lalu.



Ia sekali gus menyukarkan usaha memahami sepenuhnya bagaimana penularan itu bermula. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >