LONDON: Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di apartmen Grenfell Tower, yang setinggi 27 tingkat, di Lancaster West Estate, barat London, awal pagi semalam.
Sekurang-kurangnya 30 orang cedera dalam kejadian itu, sementara beberapa penghuni dipercayai masih terperangkap.