Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

30 pendatang hilang selepas bot karam di Mediterranean

Lagi 17 penumpang bot yang dalam pelayaran ke Libya dapat diselamat
Mar 14, 2023 | 05:30 AM



ROME: Sekitar 30 orang hilang dan 17 yang lain dapat diselamatkan di tengah Mediterranean pada Ahad 12 Mac, setelah sebuah bot yang dinaiki mereka dalam pelayaran dari Libya, karam semasa cuaca buruk, menurut penguasa pengawal pantai Italy.



Operasi menyelamat masih diteruskan, dengan bantuan kapal-kapal dagang dan bantuan dari udara oleh agensi perbatasan Kesatuan Eropah (EU), Frontex.



Dua kapal dagang lagi sedang dalam pelayaran ke perairan itu, kata penguasa pengawal pantai itu dalam satu kenyataannya.



Pada awal pagi Ahad itu, badan amal Penyelamat Kemanusiaan Mediterranean, memaklumkan bahawa menurut beberapa sumber, bot tersebut yang belayar ke arah Italy, karam sekitar 177 kilometer ke barat laut Benghazi, Libya.



Alarm Phone, sebuah lagi badan amal, menerima panggilan dari bot pendatang yang sedang menghadapi masalah, memaklumkannya kepada pihak berkuasa pada Sabtu.



Bot yang membawa 47 orang itu, segera memerlukan bantuan menyelamat.



Setelah percubaan awal yang dilakukan kapal dagang gagal gara-gara cuaca buruk, pihak berkuasa Libya meminta bantuan Rome, kerana kapal dagang itu tidak mempunyai peralatan menyelamat yang diperlukan kata pengawal pantai melalui kenyataannya.



Rome kemudian meminta kapal dagang itu menyertai usaha menyelamat.



Bagaimanapun, bot pendatang itu terbalik semasa satu percubaan memindahkan penumpangnya ke kapal dagang Forland, pada pagi Ahad itu.



Pengawal pantai menambah dua orang yang dapat diselamatkan memerlukan bantuan perubatan dan harus dibawa ke Malta, sebelum kapal dagang berkenaan meneruskan pelayarannya ke Italy.



Pengawal pantai Italy berkata bot tersebut karam di luar kawasan mencari dan menyelamat Italy.



Bagaimanapun, keupayaan Rome untuk menyelamat para pendatang di laut tersebut, telah menerima kecaman, selepas sebuah kapal karam pada 26 Februari lalu, di daerah selatan Calabria, di mana sekurang-kurangnya 79 orang mati.



Pada Sabtu 12 Mac itu, pengawal pantai berkata lebih 1,300 pendatang telah diselamatkan dalam tiga operasi berasingan di bahagian selatan Italy, dengan lagi 200 orang diselamatkan di Sicily.



Bilangan pendatang yang tiba di Italy semakin meningkat, membuat pemerintah konservatif Italy yang baru berkuasa pada Oktober 2022, semakin tertekan.



Bilangan migran yang tiba dari Afrika Utara dan Turkey dalam tahun 2023 ini, semakin meningkat.



Sehingga 10 Mac 2023 ini, sekitar 17,600 orang tiba di Italy, berbanding 6,000 orang pada tempoh yang sama pada 2022.



Ratusan orang mati semasa cuba menyeberangi Mediterranean untuk ke Eropah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >