Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

30 peserta Miss Universe Indonesia lapor penderaan seks

Aug 10, 2023 | 04:42 PM



JAKARTA: Skandal penderaan seksual baru-baru ini yang melibatkan peraduan Miss Universe Indonesia telah berubah menjadi lebih menyedihkan, dengan seorang peguam mendedahkan pada Rabu bahawa jumlah mangsa telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 30 peserta.


Skandal itu tercetus awal minggu ini apabila seorang peserta memfailkan aduan kepada Polis Jakarta bahawa beliau dipaksa mengambil bahagian dalam “pemeriksaan badan” dalam keadaan bogel dan sesi bergambar.

Sesi itu turut melibatkan kehadiran penonton lelaki dan dijalankan tanpa persetujuannya atau pemberitahuan terlebih dahulu.

Aduan polis dibuat terhadap penganjur acara, Capella Swastika Karya.

Cik Mellisa Anggraeni, peguam yang mewakili mangsa, berkata semakin ramai peserta kini tampil dengan dakwaan sama terhadap penganjur.

“Pada masa ini, terdapat 30 mangsa, tetapi hanya tujuh daripada mereka yang diwakili peguam. Jumlah ini dijangka meningkat,” kata Cik Mellisa kepada pemberita di ibu pejabat Polis Jakarta.

Selain memfailkan aduan kepada polis, mangsa merancang melawat pejabat Menteri Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, Cik Bintang Puspayoga, untuk melaporkan secara rasmi kes itu.

Cik Mellisa berkata, tiada seorang pun peserta dimaklumkan terlebih dahulu mengenai sesi bergambar itu – sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan norma budaya Indonesia.

Sesi yang tidak sesuai itu berlangsung pada 1 Ogos, hanya dua hari sebelum peringkat akhir, walaupun tiada jadual rasmi bagi acara sebegitu.

Menambahkan kemarahan ialah peserta bergambar di dalam bilik tarian bersama individu lain yang hadir.

Cik Melissa sebelum ini menekankan bilik tarian itu mungkin mempunyai kamera keselamatan, sekali gus menghilangkan sebarang privasi semasa sesi itu.

Pasukan undang-undang telah memberi polis gambar dan video sebagai bukti, dengan Cik Mellisa berkata beliau “terkejut apabila melihat gambar itu” buat kali pertama.

Jurucakap polis Jakarta Trunoyudo Wisnu Andiko memberitahu pemberita pada Selasa laporan polis telah difailkan oleh peserta.

Polis melancarkan siasatan terhadap aduan tersebut, menggunakan laporan itu sebagai “asas untuk siasatan lanjut kami”, katanya.

Cik Poppy Capella, pengarah kebangsaan Miss Universe Indonesia, tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan itu dalam catatan Instagramnya, tetapi melahirkan terima kasih kepada mereka yang telah berkongsi “pandangan, perasaan dan perspektif mereka dengan kami” berhubung insiden itu.

“Komen anda bukan kata-kata semata-mata: ia adalah kuasa yang kuat,” tulisnya. – Jakarta Globe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >