Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

32 maut, 53 cedera akibat serangan bom di masjid Afghanistan

Oct 15, 2021 | 8:34 PM
TENANG DALAM KERIBUTAN: Kelihatan orang ramai berjalan di kawasan Kunduz, Afghanistan, pada 10 Oktober 2021. Kunduz menyaksikan serangan pengebom nekad di Masjid Gozar-e-Sayed pada 8 Oktober lalu. - Foto
TENANG DALAM KERIBUTAN: Kelihatan orang ramai berjalan di kawasan Kunduz, Afghanistan, pada 10 Oktober 2021. Kunduz menyaksikan serangan pengebom nekad di Masjid Gozar-e-Sayed pada 8 Oktober lalu. - Foto - AFP

KABUL: Satu serangan yang menyasarkan masjid Syiah di Kandahar, Afghanistan hari ini, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala 53 yang lain cedera akibat letupan, menurut jurucakap hospital.

"Setakat ini, 32 mayat dan 53 orang yang cedera dibawa ke hospital ini," kata seorang doktor di hospital berkenaan.

Punca letupan belum diketahui.

Kejadian serangan ini berlaku genap seminggu selepas serangan bom bunuh diri di sebuah lagi masjid Syiah di utara kota Kunduz, juga ketika sembahyang Jumaat, yang mana kumpulan Daesh atau ISIS mengaku bertanggungjawab.

Seorang saksi mendakwa mendengar tiga letupan, dua letupan masing-masing di pintu utama masjid dan bahagian selatan sementara letupan ketiga di ruang jemaah membersihkan diri.

Seorang pegawai di wilayah itu mendedahkan, 16 mayat mangsa dan 32 lain yang cedera telah dibawa ke hospital Mirwais di pusat bandar.

Seorang saksi lain pula memberitahu, tiga letupan menggegarkan masjid di pusat bandar ketika solat Jumaat.

"Kami sedih mengetahui letupan berlaku di sebuah masjid penganut Syiah di Kandahar di mana sejumlah saudara kita mati syahid dan cedera," menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Encik Qari Sayed Khosti.

"Pasukan khas Amiriah Islam sudah berada di daerah itu bagi melihat kesan kejadian dan membawa penyerang ke muka pengadilan," katanya mewakili gerakan Taliban yang memerintah Afghanistan.

Menurut seorang wartawan, masjid dipenuhi jemaah apabila letupan berlaku dengan sekurang-kurangnya 15 ambulans dikerahkan ke tempat kejadian.

Meskipun pelbagai gambar nahas dimuatnaikkan ke media sosial, namun belum dapat disahkan sama ada yang dipaparkan itu adalah dari masjid Fatemieh yang menjadi sasaran serangan pengganas. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg