Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

32 penumpang maut apabila bas jatuh dari tebing di Peru

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



LIMA: Seramai 32 penumpang termasuk dua kanak-kanak terkorban manakala lebih 20 yang lain cedera apabila sebuah bas jatuh dari tebing di Peru awal pagi kelmarin.



Ia merupakan nahas ketiga dan dianggap tragedi terburuk dalam empat hari di negara itu.



Kemalangan berlaku di jalan sempit Carretera Central, kira-kira 60 kilometer di timur ibu negara, Lima.



Komander polis, Encik Cesar Cervantes memberitahu TV Peru, ada dua kanak-kanak dalam kalangan yang maut dan terdapat juga kanak-kanak dalam kalangan yang cedera.



Terdapat 63 penumpang di dalam bas, dan pegawai tempatan, Encik Freddy Laorte menyatakan 29 daripadanya meninggal dunia.



Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk kemungkinan mangsa yang selamat dan untuk mendapatkan mayat, kata jabatan polis di Twitter.



Cervantes menyatakan 'kelalaian' menyumbang kepada kemalangan semalam, sambil menambah bahawa bas itu dipandu 'dengan kelajuan tinggi'.



Bas itu merempuh batu dan jatuh ke jurang sedalam 200 meter, menurut catatan mangsa.



Pada Ahad lalu, 14 orang maut ketika dua bot bertembung di sungai Amazon di Peru dan terdapat mangsa yang masih belum ditemui.



Dua hari sebelumnya, sebuah bas jatuh ke jurang di tenggara negara itu, mengorbankan 17 orang.



Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara Andean kerana faktor termasuk pemandu kenderaan yang laju, lebuh raya yang tidak diselenggara dengan baik, kekurangan papan tanda jalan dan penguatkuasaan keselamatan lalu lintas yang buruk. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >