Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

34 orang di Madagascar, 2 orang di Mozambique terkorban kerana ribut tropikal

Jan 25, 2022 | 7:51 PM
Foto EPA-EFE
Foto EPA-EFE -

MAPUTO: RIBUT Tropika Ana telah mengorbankan sekurang-kurangnya 34 nyawa di Madagascar dan dua orang di Mozambique beberapa hari lalu sehingga menjejas sistem jana kuasa di Malawi, jelas pihak berkuasa tiga negara ini pada Selasa (25 Januari).

Ribut yang terjadi di pinggir pantai timur pulau terbesar Afrika, Madagascar, telah membawa pada hujan lebat yang menyebabkan banjir dan gelongsoran lumpur yang merosakkan kawasan perumahan di ibu kota Antananarivo.

Laporan terkini daripada agensi pengurusan bencana Madagascar pada Selasa menunjukkan bahawa 34 orang meninggal dunia dan hampir 65,000 orang pula terbiar tanpa rumah sejak minggu lalu.

Institut Kebangsaan Bagi Pengurusan Risiko Bencana Mozambique pada Selasa berkata dua orang terbunuh dengan 49 yang lain cedera di wilayah Zambezia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan ribut itu akan menyebabkan banjir meluas yang akan merosakkan prasarana di situ.

Pemerintah dan agensi PBB menganggarkan 500,000 orang akan merasakan impaknya di wilayah Mozambique, Nampula, Zambezia dan Sofala.

Di negara jiran Malawi, ribut ini menyebabkan kebanyakan tempat di negara ini gelap-gelita semalaman pada Isnin selepas banjir kilat menyebabkan paras air meningkat lantas mendesak syarikat penjana kuasa untuk menutup mesin penjana kuasa. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg