Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3,500 anggota dikerah bagi lawan api di Kalimantan Barat

Sep 13, 2016 | 2:22 PM
Kebakaran dilihat dari helikopter Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan di Kubu Raya, berhampiran Pontianak, Kalimantan Barat, pada Ogos.
Kebakaran dilihat dari helikopter Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan di Kubu Raya, berhampiran Pontianak, Kalimantan Barat, pada Ogos. - GAMBAR REUTERS

JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia telah mengerahkan 3,500 anggota untuk melawan kebakaran hutan dan ladang di Kalimantan Barat.

Jurucakap agensi itu, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata anggota tersebut akan memberi tumpuan pada usaha mengawal kebakaran di Kubu Raya, Mempawah, Landak, Bengkayang, Sanggau, Sekadau, Sintang, Melawi, Kapuas Hulu dan daerah Kayong Utara.

"Kami menghadapi cabaran besar di lapangan, antara lain, amalan buruk pembakaran hutan untuk membersihkannya bagi pertanian," Encik Sutopo ditukil oleh agensi berita Antara pada Isnin (12 Sep).

Selain itu, agensi tersebut sedang menghadapi kekurangan air untuk memadamkan api melalui tindakan pengeboman air.

Menurutnya, agensi itu juga telah mengesan kawasan panas baru "kerana ramai orang membakar tanah pada siang hari".

Beliau kesal beberapa daerah, termasuk Ketapang dan Sambas, belum menaikkan status kecemasan mereka walaupun terdapat peningkatan jumlah titik panas yang dikesan di kawasan masing-masing. - The Jakarta Post/Asia News Network.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg