Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

35,000 rakyat Ukraine dipindah; hospital kanak-kanak jadi sasaran bom

Presiden Zelensky: Usaha menyelamat akan ditumpu di Mariupol dan Izyum yang teruk jadi sasaran serangan tentera Russia
Mar 11, 2022 | 05:30 AM



LVIV: Sekitar 35,000 orang rakyat Ukraine telah dipindahkan kelmarin melalui koridor kemanusiaan dari tiga buah bandar, kata Presiden Volodymyr Zelensky sambil menambah bahawa semalam pihak berkuasa merancang untuk membuka lagi enam laluan.



Dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen, Encik Zelensky berkata usaha-usaha menyelamat akan ditumpukan di Mariupol dan Izyum, yang teruk dibedil.



Sebuah hospital kanak-kanak di Mariupol juga telah dibom kelmarin sekalipun Russia ikrar untuk hentikan bedilan bagi membolehkan sekurang-kurangnya sebilangan orang awam yang terperangkap dapat dipindahkan dari bandar itu.



Encik Zelensky berkata, 35,000 orang awam itu telah dipindahkan dari bandar Sumy dan Energodar serta beberapa kota di rantau Kyiv.



Awal dari itu, agensi berita Ukraine, Interfax, memetik timbalan ketua pejabat Presiden, Encik Kyrylo Tymoshenko, sebagai berkata bahawa sejumlah 48,000 rakyat Ukraine telah dipindahkan sejauh ini melalui koridor kemanusiaan dengan sebahagian besarnya dari bandar Sumy.



Dalam pada itu pula, satu laporan dari Washington memetik timbalan ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) sebagai berkata, lebih sejuta kanak-kanak telah dilarikan dari Ukraine ke negara-negara jiran dalam masa kurang dua minggu sejak Russia menceroboh negara jirannya itu.



Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak terbunuh dan 50 yang lain cedera, kata Pengarah Eksekutif badan dunia itu, Cik Catherine Russell, dalam satu kenyataannya.



Cik Russell berkata beliau "ngeri" mendengar laporan tentang serangan ke atas hospital kanak-kanak di bandar Mariupol.



Para pegawai berkata serangan Russia itu telah mengakibatkan pesakit tertimbus di bawah timbunan runtuhan, pada hal suatu gencatan senjata telah dipersetujui.



"Serangan ini, kalau benar, memberi gambaran yang ngeri tentang peperangan di Ukraine ini yang dideritai oleh kanak-kanak dan keluarga mereka," ujar Cik Russell.



Pengeboman itu, yang disifatkan oleh Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, sebagai suatu "kekejaman" berlaku sekalipun gencatan senjata telah dipersetujui bagi membolehkan pemindahan ribuan orang awam yang terperangkap di bandar tersebut.



Majlis bandaran Mariupol memberitahu, hospital itu telah dibedil beberapa kali melalui serangan-serangan dari udara, mengakibatkan kemusnahan teruk.



Jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov menepis dakwaan itu dengan berkata bahawa "tentera Russia tidak melepaskan tembakan ke sasaran awam".



Lebih dua juta orang telah meninggalkan Ukraine sejak Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengerahkan tenteranya menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.



Moscow menyifatkan tindakan itu sebagai "operasi khas tentera" bagi melemahkan negara jirannya dan menyisihkan pemimpin-pemimpinnya yang digelar sebagai "neo-Nazi".



Sebahagian besar pelarian itu adalah wanita dan kanak-kanak, sementara kaum lelaki muda diperintahkan oleh pemerintah Kyiv supaya kekal untuk mempertahankan negara. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >