352 orang awam Iraq, Syria maut dek serangan perikatan terhadap IS sejak 2014
Premium
352 orang awam Iraq, Syria maut dek serangan perikatan terhadap IS sejak 2014
May 3, 2017 | 5:30 AM
KESAN SERANGAN: Penduduk Mosul di Iraq memeriksa rumah mereka yang musnah akibat serangan udara pakatan yang diketuai Amerika Syarikat yang disasarkan terhadap kumpulan militan IS. - Foto AFP -
WASHINGTON: Serangan udara pakatan yang diketuai Amerika Syarikat terhadap militan IS "secara tidak sengaja" mengorbankan 352 orang awam sejak operasi bermula pada 2014, menurut tentera Amerika.
Kiraan oleh Pasukan Petugas Gabungan Bersama itu tidak termasuk hasil siasatan yang dibuat pasukan pakatan ke atas serangan maut pada 17 Mac lalu di barat Mosul, kubu kuat IS di Iraq.

