Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

36 orang terkorban dalam nahas kereta api di selatan Pakistan

Jun 8, 2021 | 1:12 AM
Foto AFP//ASIF HASSAN
Foto AFP//ASIF HASSAN -

ISLAMABAD: Angka korban nahas kereta api penumpang di wilayah Sindh, selatan Pakistan, meningkat kepada 36 orang, memetik media dan pegawai tempatan.

Pegawai Pengangkutan Kereta Api Pakistan Sukkur Sajjad Wagho berkata nahas itu membabitkan kereta api Millat Express dan Sir Syed Express, lapor Agensi Berita Xinhua.

Media tempatan melaporkan jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Menurut seorang penumpang, beberapa orang masih terperangkap di dalam gerabak yang hancur.

Kejadian itu berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Nahas berlaku selepas Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Hospital di daerah itu berada di bawah perintah darurat berikutan penularan wabak Covid-19. - Astro Awani, Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg