Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

361 daripada 500 tahanan Rohingya di Penang yang larikan diri ditangkap semula

Apr 20, 2022 | 12:30 PM
ca5595ed-461c-4564-a574-d4274f5db338
-

Lebih 500 orang etnik Muslim Rohingya melarikan diri dari pusat tahanan imigresen di Penang, Malaysia, pada dinihari 20 April (Rabu)

Menyusuli itu, 361 daripada kumpulan ini telah ditangkap semula, sementara sekurang-kurangnnya enam terbunuh di jalan raya.

Jabatan Imigresen Malaysia berkata 528 orang tahanan telah melarikan diri sekitar 4.30 pagi dari pusat tahanan sementara Sungai Bakap, yang terletak di sempadan Penang dan Kedah.

Muslim Rohingya adalah kumpulan etnik dari Myanmar, yang tidak mempunyai status sebagai warga di sana kerana pemerintah di sana enggan mengiktiraf kerakyatan mereka.

Sejak 2015, krisis pelarian yang disebabkan keganasan kaum terhadap Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar telah memaksa jutaan anggota kaum itu melarikan diri ke negara-negara jiran.

Malaysia mempunyai bilangan pelarian Rohingya yang keempat terbesar di luar Myanmar, selepas Bangladesh, Pakistan dan Arab Saudi. Lebih 150,000 Rohingya dianggarkan berada di Malaysia.

Bilangan terbesar Rohingya di luar Myanmar adalah di Bangladesh, yang mempunyai 1.3 juta Rohingya di pusat tahanan di sana.

Buat masa ini, polis masih enggan mengulas lanjut mengenai sebab insiden pada Rabu itu. Satu laporan di akhbar The Star berkata insiden itu tercetus oleh sebuah bantahan yang berubah pantas menjadi rusuhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg