Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 jalani hukuman mati di Nusa Kambangan

Jul 29, 2016 | 10:00 AM



NUSA KEMBANGAN (Jawa Tengah): Pemerintah Indonesia telah melaksanakan hukuman mati ke atas empat pengedar dadah selepas tengah malam tadi.



Bagaimanapun ia masih belum memutuskan bila 10 pesalah dadah yang lain akan menjalani hukuman tersebut.



Timbalan Pendakwa Raya Noor Rachmad berkata, seorang warga Indonesia, seorang rakyat Senegal dan dua warga Nigeria telah menjalani hukuman - yang dilakukan menerusi tembakan - sejurus selepas tengah malam, waktu tempatan.



Pemerintah Indonesia pada awal minggu ini menyatakan 14 orang yang menanti hukuman mati, kebanyakannya warga asing, akan menjalani hukuman tersebut di penjara pulau Nusa Kambangan.



Mereka yang menjalani hukuman itu ialah warga Indonesia Freddy Budiman serta Seck Osmane dari Senegal dan warga Nigeria Michael Titus dan Humphrey Jefferson.



Mayar kedua-dua Osmane dan Titus akan diterbangkan ke negara mereka sementara Jefferson akan dikebumukan di Indonesia.



Ahli keluarga, kumpulan hak asasi dan pemerintah asing telah menggesa Indonesia untuk tidak melaksanakan hukuman mati ke atas kesemua 14 pesalah itu tetapi tidak jelas sama ada gesaan itu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk melaksanakan hukuman secara serentak ke atas semua mereka.



Peguam dan kumpulan hak asasi telah menimbulkan kesangsian serius tentang pelaksanaan hukuman mati ke atas Jefferson, dari segi undang-undang dan sabitan ke atas seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan.



Ini merupakan pelaksanaan hukuman mati kali ketiga dilakukan di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo, yang dipilih rakyat sebagai presiden republik itu pada 2014.



"Ia bukan sesuatu yang menarik tetapi ia adalah untuk melaksanakan undang-undang.



"Hukuman mati hanya bertujuan untuk menghentikan jenayah dadah," ujar Encik Noor Rachmad.



Menurutnya, satu keputusan berhubung pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah lain akan diumumkan nanti.



Satu konvoi 17 ambulans, kebanyakannya membawa keranda, telah tiba di bandar pelabuhan berdekatan Nusa Kambangan pagi semalam.



Para anggota penguatkuasa telah memperketat keselamatan di penjara sejak beberapa hari lalu, dengan lebih 1,000 anggota polis dikerahkan ke Cilacap, bandar pelabuhan itu dan di pulau berkenaan.



Tahun lalu, Indonesia melaksanakan hukuman mati ke atas 14 pesalah dadah, kebanyakannya warga asing, yang menimbulkan bantahan antarabangsa. - The Jakarta Post.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >