Topik diikuti
Pergi ke BHku4 mati dalam serangan di Thailand
4 mati dalam serangan di Thailand
Pusat peranginan Phuket, Hua Hin dan Surat Thani jadi sasaran
4 mati dalam serangan di Thailand
KORBAN: Seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan bom di Hua Hin di selatan Bangkok semalam. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 13, 2016 | 5:30 AM
BANGKOK: Satu siri letupan yang menjadikan industri pelancongan Thailand sebagai sasaran telah mengorbankan empat orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Dua serangan bom berkembar berlaku di resort peranginan di Hua Hin, malam kelmarin - yang mengorbankan seorang wanita dan mencederakan 20 yang lain, termasuk sembilan pelancong asing yang terdiri daripada lima rakyat Italy, tiga Belanda, seorang Australia dan seorang Jerman.