Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 mati selepas anggota tentera udara tembak rakan kerja di kem Sarawak

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



KOTA SAMARAHAN: Empat anggota tentera mati dalam kejadian tembak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.



"Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas.



"Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Katanya, dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.



"Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.



"Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan," katanya.



Beliau menambah pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah hadir di tempat kejadian.



Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.



Dalam kenyataan berasingan, anggota tentera udara itu dilaporkan telah merampas senjata api dari tempat simpanan balai pengawal kem itu.



Timbalan Pesuruhjaya Polis (DSP) Sarawak, Mancha Ata, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku dengan pantas.



Beliau berkata, melihat perlakuan pelik anggota berpangkat koperal itu, rakannya cuba menenangkannya.



Bagaimanapun, katanya, suspek bertindak agresif dan melepaskan tembakan menggunakan senjata Colt M4 Carbine ke arah perut mangsa.



"Selepas menembak mangsa pertama, suspek kemudian pergi ke bilik rehat di balai pengawal itu dan melepaskan tembakan ke bahagian sisi dada sebelah kanan seorang lagi anggota.



"Dia kemudiannya menembak bahagian belakang seorang lagi anggota, sebelum dia membunuh diri," katanya dalam kenyataan semalam.



DSP Mancha menambah, tiga anggota termasuk suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca suspek mengamuk.



Difahamkan suspek seorang korporal, yang berasal dari Lundu, telah berkhidmat di pangkalan udara Kuantan di Pahang dan sedang menjalani kuarantin Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >