Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 maut, 15 cedera dalam letupan bom di Quetta, Pakistan

Dec 31, 2021 | 04:54 PM



ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan, pada Khamis (30 Disember), menurut pegawai hospital.



Jurucakap Hospital Awam Quetta, Waseem Baig memberitahu Xinhua bahawa empat yang terkorban dan 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan.



Mereka yang cedera kini menerima rawatan di pusat trauma hospital, kata jurucakap itu.



Polis memberitahu media tempatan bahawa letupan berlaku berhampiran Kolej Sains Kerajaan di kawasan Jalan Jinnah, Quetta sejurus selepas sekumpulan pelajar keluar dari bangunan kolej berkenaan.



Beberapa bangunan dan kenderaan berhampiran turut rosak akibat letupan itu, menurut media tempatan.



Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal.



Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan berkenaan dan memulakan operasi pengesanan. Bagaimanapun, jenis letupan masih tidak dapat dipastikan.



Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Agensi Berita/Berita Harian Malaysia



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >