4 maut, 30 hilang dalam kebakaran kapal selam di California, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

4 maut, 30 hilang dalam kebakaran kapal selam di California

Sep 03, 2019 | 08:05 AM

LOS ANGELES - Empat mayat ditemui pada Isnin (2 September) oleh para penyelamat yang bergiat mencari 34 orang yang hilang setelah api menjilat sebuah kapal selam di sebuah pulau California Selatan, menurut jurucakap Pasukan Pengawal Pantai (Coast Guard) Amerika Syarikat (AS).

Kebakaran tersebut berlaku sebelum matahari terbit.

Maklumat lanjut berkaitan jantina, identiti serta keadaan mayat-mayat tersebut tidak boleh didedahkan.

Pencarian untuk mereka yang hilang masih dijalankan.

Lima kakitangan kapal diselamatkan oleh sebuah bot bantuan oleh orang awam,  selepas ia menerima panggilan kecemasan daripada kapal selam itu, pada 3.15 pagi waktu tempatan, menurut Pasukan Pengawal Pantai AS.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut laporan Reuters, kakitangan kapal itu telah bangun dari tidur, dan berada di bahagian atas kapal apabila kebakaran itu berlaku.

Apabila kapal itu dijilat api, mereka lantas terjun daripada kapal tersebut untuk menyelamatkan diri.

Penumpang kapal yang lain masih tidur di bahagian bawah dek kapal.

Encik James Kohl, saudara lelaki kepada seorang penumpang yang hilang, berkata beliau diberitahu bahawa kebakaran itu berpunca daripada satu letupan gas jenis mudah terbakar, atau ‘propane’, di atas kapal, namun kenyataannya tidak dapat disahkan.

Apabila ditanya mengenai punca kebakaran, Leftenan Komander Pasukan Pengawal Pantai AS Matthew Kroll berkata, ia masih belum dapat ditentukan. 

Kebakaran yang berlaku menyebabkan kapal selam itu tenggelam sedalam 20m, sekitar 18m dari pantai Santa Cruz. -Agensi Berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map