4 maut dalam tembakan rambang di Jacksonville, Florida
Premium
4 maut dalam tembakan rambang di Jacksonville, Florida
Aug 28, 2018 | 5:30 AM
4 maut dalam tembakan rambang di Jacksonville, Florida
KEJADIAN TEMBAKAN: Foto menunjukkan kenderaan polis mengepung jalan ke kawasan Jacksonville Landing di mana beberapa orang terkorban dan 11 yang lain cedera, selepas seorang peserta pertandingan melepaskan tembakan sebelum menembak diri sendiri. - Foto AFP -
JACKSONVILLE: Satu kejadian tembakan rambang berlaku kelmarin di sebuah restoran yang menyiarkan perlawanan permainan video dalam talian mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 11 cedera.
Ketua Sheriff Jacksonville, sebuah bandar di utara Florida, Sheriff Mike Williams mengesahkan bahawa ada mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden tembakan ketika berlangsungnya pertandingan permainan video Madden 19 American football eSport.

