Topik diikuti
Pergi ke BHku4 orang yang didakwa atas pembunuhan ngeri sosialit Hong Kong Abby Choi
4 orang yang didakwa atas pembunuhan ngeri sosialit Hong Kong Abby Choi
HONG KONG: Empat individu yang didakwa berhubung pembunuhan model terkenal, Cik Abby Choi, 28 tahun, hadir di mahkamah pada Isnin (27 Feb) selepas polis menemui bahagian badan mangsa di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan di pinggir bandar raya berkenaan. Polis Hong Kong pada Ahad (26 Feb) berkata mereka mendakwa tiga lelaki berumur dalam lingkungan 28 hingga 65 tahun atas dakwaan membunuh dan seorang wanita berusia 63 tahun, atas satu pertuduhan kerana menghalang kes itu. Menurut polis, mereka yang didakwa membunuh model itu termasuk bekas suaminya, Alex Kwong, bekas abang ipar dan bekas bapa mentuanya. Pembunuhan pempengaruh tempatan itu yang baru-baru ini menghiasi muka depan majalah fesyen digital, L'Officiel Monaco, telah mendapat liputan meluas di pelbagai akhbar selepas beliau dilaporkan hilang sejak Selasa lalu. Polis menemui beberapa bahagian badannya di rumah tiga tingkat di kawasan pedalaman Tai Po minggu lalu. Sebelum ini, polis telah menemui kepala model dan selebriti media sosial Hong Kong itu dua hari selepas menemui sebahagian anggota badannya di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po. - Reuters.