Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 pegawai kanan kerajaan M'sia dipercayai subahat dengan kartel daging import haram

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pegawai kanan daripada agensi kerajaan dipercayai bersekongkol dengan kartel yang membawa masuk daging tidak halal ke Malaysia dan kemudian mengisytiharkannya sebagai produk yang disahkan halal.



Pegawai kanan itu, yang diberi tanggungjawab memastikan piawaian halal ditegakkan, sebaliknya menerima wang, atau wanita untuk seks, sebagai rasuah bagi menutup mata terhadap operasi kartel itu dan memastikan kegiatannya tidak dikesan.



Difahamkan, kartel tersebut telah beroperasi selama lebih 40 tahun, lapor New Straits Times.



Dipercayai kartel itu mengimport daging dari rumah penyembelihan yang tidak disahkan halal di beberapa negara seperti Bolivia, Canada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.



Negara yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia bagi import daging halal adalah Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat, dengan import dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.



Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Kastam dan polis pelabuhan ditugas menguruskan bekalan itu sebaik memasuki pelabuhan Malaysia.



Operasi kartel itu selama bertahun-tahun lalu bemakna ia mempunyai sistem yang kukuh untuk memastikan produk - dari rumah penyembelihan hingga meninggalkan pelabuhan untuk ke pasar - terlepas daripada penelitian rasmi.



Sumber memberitahu New Straits Times bahawa proses itu bermula di luar negara, dengan pegawai agensi kerajaan yang diberi kepercayaan mengawasi mutu daging di rumah penyembelihan akan menurunkan tanda tangan pada produk itu sama ada ia memenuhi standard halal dan kualiti Malaysia yang ketat ataupun tidak.



Seorang sumber berkata dalam beberapa kes, pegawai yang disogok akan menurunkan tandatangan pada produk tersebut sebelum ia tiba di kilang memproses daging untuk diperiksa.



Sumber itu menambah, sebaik kartel itu melepasi peringkat pemeriksaan pertama, ia tidak menghadapi banyak masalah untuk membawa produk tersebut masuk ke Malaysia melalui pelabuhan negara.



Sumber itu berkata kartel tersebut melakukan semua itu kerana mengimport daging halal dari sumber yang disahkan halal dan mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa adalah usaha yang menelan belanja besar.



"Oleh itu, dengan meniadakan proses pensijilan halal, kartel dapat membuat keuntungan besar."



Sumber itu berkata bahawa pemborong dan peniaga cenderung untuk mendapatkan barang yang lebih murah.



"Oleh kerana kartel memberikan jaminan bahawa produk tersebut disahkan halal, ini memastikan ada permintaan yang baik untuk barang mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >