Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PENINGKATAN KES COVID-19 DI SERATA DUNIA

4 pengeluar ubat jangka ujian akan sahkan vaksin berkesan tangani varian baru Covid-19

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



ZURICH/FRANKFURT: Sekurang-kurangnya empat pengeluar ubat-ubatan menjangkakan vaksin Covid-19 mereka berkesan dalam menangani varian koronavirus yang pantas menular di Britain dan sedang menjalankan ujian yang dapat memberi pengesahan dalam beberapa minggu ini.



Ketua Eksekutif firma Jerman, BioNTech, Dr Ugur Sahin, yang berganding dengan Pfizer Inc, mengambil masa kurang setahun untuk mendapatkan kelulusan vaksinnya.



Dr Sahin menyatakan kelmarin, beliau menjangka vaksin penyampai RNA (mRNA) dapat berfungsi dengan baik.



Syarikat Moderna Inc, syarikat Jerman CureVac dan pengeluar ubat Britain, AstraZeneca Plc, juga percaya vaksin mereka dapat berfungsi dengan baik dalam menghadapi ancaman baru yang wujud di Britain, menyebabkan satu gelombang larangan perjalanan meluas yang menjejas perdagangan dengan Eropah dan mengancam untuk terus meminggirkan negara kepulauan itu.



"Secara saintifiknya, ia adalah satu kemungkinan besar bahawa respons pelalian oleh vaksin ini dapat juga menangani jenis baharu atau varian virus ini," katanya kepada wartawan.



Dr Sahin berkata ia akan mengambil masa dua minggu atau lebih untuk mengkaji dan mengumpul data bagi mendapatkan jawapan yang jelas.



"Vaksin ini mengandungi lebih 1,270 asid amino, dan hanya sembilan daripadanya telah diubah (dalam pemutatan virus). Ini bermakna 99 peratus proteinnya adalah sama."



Pemutatan ini yang dikenali sebagai jaluran B.1.1.7 mungkin lebih 70 peratus mudah dijangkiti dan lebih memprihatinkan ke atas kanak-kanak.



Sekiranya varian ini mendedahkan pengeluar vaksin dengan cabaran baru, satu kelebihan mRNA adalah, para saintis boleh dengan pantas merubah semula bahan genetik dalam vaksin bagi memadankan dengan protein yang dimutasikan, di mana vaksin tradisional yang diubah akan memerlukan langkah tambahan.



"Secara prinsipnya, keindahan teknologi mRNA ialah, kita dapat memulakan secara langsung dalam menghasilkan sebuah vaksin yang dapat meniru sepenuhnya mutasi baru ini," kata Dr Sahin.



"Kita berupaya menyediakan satu vaksin baharu secara teknikal dalam masa enam minggu. Tentu sekali, ia bukan sahaja soalan teknikal. Kita juga perlu berdepan dengan bagaimana pihak penguasa.... menimbangnya."



Pfizer/BioNTech, Moderna dan CureVac semua membangunkan vaksin mRNA, sementara AstraZeneca mempunyai vaksin tradisional yang menggunakan adenovirus yang ditemui dalam cimpanzi bagi menyampaikan bahan genetik dari koronavirus untuk mendorong respons pelalian.



Syarikat Jerman, CureVac, telah memulakan uji kaji peringkat akhir ke atas calon vaksinnya minggu lalu, dan ia tekal dalam menilai varian, di mana syarikat itu berkata ia adalah suatu yang biasa bagi virus merebak.



Penasihat Ketua Saintifik Britain, Dr Patrick Vallance, berkata pada Sabtu lalu vaksin kelihatan mencukupi dalam respons terhadap penularan varian koronavirus.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kelmarin ia akan mengadakan satu mesyuarat dengan para anggotanya bagi membincangkan antara sesama ahli bagi membincang strategi mutasi.



WHO menyatakan kelmarin bahawa ia akan mengadakan mesyuarat dengan seluruh ahlinya bagi membincangkan strategi melawan mutasi virus. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >