Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 varian Covid-19 termasuk strain tempatan kini merebak di Filipina

Mar 13, 2021 | 9:12 PM
KEPRIHATINAN NEGARA: Pekerja kesihatan di Filipina melaungkan ujian percuma beramai-ramai dan vaksin percuma menyusuli penularan wabak Covid-19 di Quezon City, Metro Manila. - Foto REUTERS
KEPRIHATINAN NEGARA: Pekerja kesihatan di Filipina melaungkan ujian percuma beramai-ramai dan vaksin percuma menyusuli penularan wabak Covid-19 di Quezon City, Metro Manila. - Foto REUTERS -

MANILA: Filipina kini mempunyai kesemua tiga varian koronavirus yang telah menyebabkan jumlah jangkitan Covid-19 meningkat pesat pada tahap pecah rekod di serata dunia di samping varian Filipina yang mempunyai susur galur yang sama dengan varian Brazil yang mudah menjangkiti.

Perkembangan ini berlaku sedang negara ini menyaksikan satu lagi tambahan pesat kes Covid-19 pada peringkat yang tidak pernah dilihat sejak penularan wabak ini sampai ke puncak sekitar pertengahan tahun lalu, lapor akhbar The Straits Times.

Kementerian Kesihatan di negara ini melaporkan pada Sabtu (13 Mac) bahawa ia telah mengesan varian Brazil pada seorang warga Filipina yang baru pulang dari Brazil. Strain ini telah menjangkiti kota Manaus di negeri Brazil, Amazonas, sekitar November tahun lalu. Tiada maklumat lanjut mengenai pembawa wabak ini.

Varian ini dipercayai menyebabkan bahang krisis kesihatan di Brazil menjadi-jadi. Ia juga wujud di 24 negara. Ia juga mempunyai keupayaan menjangkiti beberapa orang yang memiliki daya tahan menentang serangan jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Filipina sudah pun bergelut dengan dua lagi varian iaitu strain dari Britain dan Afrika Selatan yang boleh mengelak antibodi manusia dan mengurangkan keberkesanan sesetengah vaksin.

Varian keempat yang berasal dari Filipina juga sedang menular. Ia mulanya dikenal pasti menjangkiti seorang warga Filipina yang mengembara ke Jepun.

Lebih 90 kes strain tempatan Filipina ini sedang dipantau.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan berkata ia belum lagi varian yang menimbulkan keprihatinan walaupun ia menghasilkan mutasi yang menunjukkan ia mungkin lebih mudah menjangkiti orang lain berbanding versi asal koronavirus. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg