Topic followed successfully
Go to BHku40 akan didakwa sebabkan kebakaran hutan
Premium
40 akan didakwa sebabkan kebakaran hutan
Ketua Polis Indonesia: Siasatan dapati 210 kes pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan
Sep 30, 2015 | 5:30 AM
40 akan didakwa sebabkan kebakaran hutan
BUKAN DILITUPI KABUS: Jambatan Ampera, yang digunakan kenderaan dan pejalan kaki untuk menyeberangi Sungai Musi di Palembang, di wilayah Selatan Sumatera, Indonesia, diselubungi jerebu sejak beberapa hari lalu. - Foto REUTERS -
KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang yang dipercayai terlibat dalam pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan akan didakwa dan dibicarakan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati bahawa terdapat 210 kes pembakaran terbuka di dua kawasan tersebut dan daripada jumlah itu, pihaknya mengenal pasti 40 individu yang menjadi dalang kepada kes kebakaran kawasan ladang dan hutan sehingga menyebabkan jerebu teruk.
