Topik diikuti
Pergi ke BHku40 tahun laungkan azan di Masjidil Haram
Jun 18, 2018 | 5:30 AM
40 tahun laungkan azan di Masjidil Haram
MAKKAH: Selama 40 tahun, suara Sheikh Ali Ahmed al-Mulla berkumandang di Masjidil Haram di Makkah sebagai muazin, atau bilal. Ia tradisi keluarganya yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Sheikh al-Mulla diberi julukan 'Bilal' Masjidil Haram, sempena muazin pertama melaungkan azan semasa zaman Nabi Muhammad saw - Bilal ibn Rabah - dan kerana suaranya yang merdu serta kisah-kisah menarik yang diceritakannya semasa berceramah, lapor Al Arabiyah.