Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

44 kenderaan hangus terbakar

May 30, 2016 | 10:21 AM
Sebahagian daripada 44 buah kereta yang musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel dekat Kuala Sawah, Seremban, semalam. - Foto Utusan Online
Sebahagian daripada 44 buah kereta yang musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel dekat Kuala Sawah, Seremban, semalam. - Foto Utusan Online -

SEREMBAN (Negri Sembilan): Sebanyak 44 kereta bernilai lebih RM1 juta ($336,810) musnah dalam satu kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Ribu, Kuala Sawah di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Encik Norazam Khamis berkata, pihak­nya mengesyaki kejadian yang melibatkan pelbagai jenis kereta antaranya jenama Proton, Perodua dan Ford itu di­sebabkan perbuatan khianat.

"Ini kerana adalah mustahil kesemua 44 kereta yang diletakkan di pekarangan bengkel berkenaan boleh terbakar dalam tempoh yang singkat. Malah bangunan bengkel tersebut tidak terbakar.

"Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat ditugaskan untuk mengesan bukti berhubung unsur-unsur khianat itu.

"Siasatan masih berjalan dan kita akan melaporkan kepada pihak polis jika memperoleh bukti tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.

Encik Norazam berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran itu pada 12.46 tengah malam dan seramai 14 pegawai dan anggota bomba bersama empat jentera dikerahkan untuk memadam kebakaran berkenaan.

Ujarnya, mereka tiba di lokasi 18 minit kemudian namun mendapati kesemua kenderaan terbabit sudah terbakar.

Menurut beliau, pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berdekatan dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 3.30 pagi. - Utusan Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg