Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

59 maut dalam serangan militan ke atas maktab polis Pakistan

Oct 25, 2016 | 10:07 AM



QUETTA (Pakistan): Sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan 117 cedera dalam serangan semalaman oleh militan di sebuah akademi polis di barat daya Pakistan, kata para pegawai pada Selasa (25 Okt), selepas mengisytiharkan satu operasi serangan balas tentera telah selesai.



Serangan ke atas Maktab Polis Balochistan itu, yang terletak 20 kilometer ke timur ibu kota wilayah Quetta, bermula pada kira-kira 11.10 malam pada Isnin (24 Oct, 2.10 pagi Selasa waktu Singapura), dengan tembakan terus kedengaran dari maktab tersebut beberapa jam kemudian.



"Empat puluh lapan mayat telah dibawa ke hospital," kata seorang doktor kanan di Hospital Awam Quetta, Dr Wasim Beg.



Beliau berkata kumpulan militan itu daripada puak Al-Alimi kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi, yang bergabung dengan Taliban Pakistan.



Menteri Dalam Negeri Balochistan, Encik Mir Sarfaraz Ahmed Bugti, berkata di tapak serangan pada awal pagi Selasa bahawa maktab luas itu diserang tiga militan yang dilengkapi jaket bunuh diri.



Sebelum itu, jumlah penyerang dikatakan "lima hingga enam" orang.



"Mereka mula-mula menyerang sentri menara pengawal, dan selepas beliau terbunuh dalam tembak-menembak, mereka dapat memasuki kawasan akademi," katanya.



Mejar Jeneral Sher Afgan, ketua pasukan separa tentera Kor Sempadan di Balochistan, yang mengetuai operasi serang balas, berkata "serangan itu berakhir sekitar tiga jam selepas kami tiba".



"Mereka berhubungan dengan penggerak di Afghanistan," katanya.



Namun, kumpulan itu belum mendakwa mereka yang melakukan serangan tersebut.



Encik Bugti berkata maktab itu menempatkan kira-kira 700 rekrut semasa serangan tersebut, dengan ratusan daripada mereka diselamatkan.



Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kadet polis memberitahu pemberita: "Saya melihat tiga lelaki dengan muka mereka ditutup membawa senapang Kalashnikov. Mereka melepaskan tembakan dan memasuki asrama tetapi saya dapat melarikan diri dengan melompat tembok."



Balochistan, wilayah terbesar Pakistan yang kaya bahan galian tetapi miskin, dilanda pergeseran kaum, keganasan kumpulan Islam dan pemberontakan pemisah selama beberapa dekad.



Tentera juga berulang kali dituduh kumpulan hak asasi antarabangsa melakukan penyalahgunaan kuasa di Balochistan, khususnya terhadap nasionalis yang menuntut autonomi dan bahagian lebih besar daripada sumber-sumber di rantau itu.



Pada Ogos, pengeboman bunuh diri di sebuah hospital Quetta membunuh 73 orang, termasuk ramai peguam bandar itu, yang pergi ke sana bagi kematian seorang rakan peguam mereka yang ditembak mati.



Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan puak Jamaat-ul-Ahrar daripada Taliban Pakistan mendakwa melakukan serangan tersebut.



Serangan Isnin malam itu berlaku sehari selepas lelaki bersenjata daripada kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Baloch yang menaiki motosikal menembak mati dua pengawal pantai dan seorang orang awam dan mencederakan seorang pekedai di sebuah bandar barat daya di wilayah tersebut. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >