Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

49 lelaki ditangkap di Pulau Pinang kerana langgar undang-undang Covid-19 pada Aidiladha

Jul 21, 2021 | 11:28 PM
Foto TANGKAP LAYAR TWITTER NKKHOO
Foto TANGKAP LAYAR TWITTER NKKHOO -

PULAU PINANG: Polis Malaysia telah memberkas 49 orang kerana dikatakan menjadi sebahagian perhimpunan lebih 200 jemaah di luar dewan solat di Pulau Pinang pada Hari Raya Haji, Selasa lalu (20 Julai) meskipun undang-undang jarak selamat diperkenalkan.

Akhbar The Straits Times melaporkan mereka mengabaikan protokol keselamatan Covid-19 meskipun wujud amaran daripada pihak berkuasa dan jumlah jangkitan baru yang tinggi dilaporkan setiap hari.

Malaysia melaporkan 11,985 kes Covid-19 pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara tersebut hampir mencecah sejuta kes, iaitu pada 951,884 kes.

Klip video tular menunjukkan puluhan umat Islam, yang dipercayai penduduk asing, bersolat di kawasan terbuka. Ia menimbulkan perbincangan warganet apabila video itu tersebar di media sosial.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 48 penduduk Bangladesh yang berusia antara 20 hingga 43 tahun dan seorang lelaki Malaysia berusia 64 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal menunjukkan lebih 200 orang berhimpun di luar dewan solat di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, selepas mereka tidak diizinkan masuk ke dewan itu. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg