Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5 masih terperangkap dalam gua Thai

Jul 10, 2018 | 12:31 PM



CHIANG RAI: Masyarakat dunia menahan nafas, menunggu dengan perasaan yang berdebar-debar, sementara pasukan penyelamat berusaha untuk membawa keluar baki lima individu yang masih terperangkap dalam gua yang dipenuhi air di bahagian utara Thailand.



Sekumpulan penyelam antarabangsa dan tempatan dijangka melancarkan operasi ketiganya hari ini (10 Julai) untuk membawa keluar empat remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka itu, menurut akhbar The Straits Times.



Ketua pusat komand operasi menyelamat itu, Encik Narongsak Osatanakorn, berkata mereka yakin operasi itu lebih baik dan “100 peratus akan berjaya”.



Operasi membawa keluar individu yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai itu bermula kelmarin, dengan empat individu berjaya dibawa keluar.



Semalam, empat lagi individu berjaya dibawa keluar dari gua tersebut.



Mereka antara sekumpulan 13 orang - 12 budak lelaki berusia antara 11 dengan 16 tahun dan jurulatih mereka berusia 25 tahun - yang terperangkap dalam gua tersebut sejak lebih dua minggu lalu.



Mereka yang terperangkap dalam gua itu adalah anggota pasukan bola sepak bernama 'Wild Boars'.



Difahamkan, mereka telah memasuki gua itu pada 23 Jun lalu.



Namun, mereka terperangkap di dalamnya apabila mereka cuba berlindung di kawasan lebih tinggi selepas hujan lebat menyebabkan paras air dalam gua itu naik secara tiba-tiba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >