Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5 maut, 40 cedera dalam serangan di London

Mar 23, 2017 | 08:18 AM



LONDON - Lima orang meninggal dunia, termasuk penyerang dan seorang pegawai polis, dalam kejadian pengganasan pada Rabu (22 Mac) di parlimen British, kata polis.



Sekurang-kurangnya 40 cedera.



Seorang pegawai antipengganasan Britain berkata polis mengesyaki "pengganasan berkaitan Islam" di sebalik serangan itu.



Angka kematian meningkat kepada lima selepas kematian orang awam ketiga, kata polis.



Reuters melaporkan bahawa dua mangsa lain adalah antara pejalan kaki yang dilanggar kereta terbabit di Westminster Bridge sebelum merempuh pagar di luar Parlimen.



Pegawai antipengganasan Britain Mark Rowley berkata: "Kami mengisytiharkan ini sebagai insiden pengganas dan komand menentang pengganasan sedang menjalankan siasatan penuh terhadap peristiwa ini.



"Serangan itu bermula apabila sebuah kereta dipandu di Westminster Bridge, melanggar dan mencederakan beberapa orang awam, termasuk tiga pegawai polis.



"Sebuah kereta merempuh berhampiran Parlimen dan sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjatakan pisau terus menyerang dan cuba untuk memasuki parlimen."



Saksi berkata, suspek, yang memegang pisau, ditembak polis semasa dia mendekati seorang pegawai kedua dalam kejadian kira-kira 2.45 petang (10.45 malam pada Rabu, waktu Singapura).



Laporan media British berkata beberapa saki menyifatkan penyerang itu berusia "pertengahan umur dan lelaki Asia".



Perdana Menteri Theresa May mengutuk serangan itu sebagai baruk.



"Lokasi serangan ini bukan satu kebetulan," katanya dalam satu kenyataan di luar pejabat Downing Street lewat petang.



"Pengganas itu memilih menyerang di tengah-tengah ibu kota, dengan orang dari semua bangsa, agama dan budaya bersama-sama meraikan nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan kebebasan bersuara."



"Sebarang percubaan mahu melemahkan nilai-nilai itu melalui keganasan pasti gagal," kata Cik May.



Beliau berkata Britain tidak akan mengubah tahap ancaman pengganasan menyusuli serangan itu.



"Tahan ancaman UK telah ditetapkan sekian lama dan ini tidak akan berubah," katanya dalam ucapan di televisyen di luar pejabat Downing Street beliau.



Antara yang meninggal adalah seorang wanita yang berada di jambatan semasa serangan. Seorang lagi ialah anggota polis yang ditikam, menurut laporan.



Menteri Luar Britain Tobias Ellwood cuba menyelamatkan nyawa anggota polis itu dengan memberinya pernafasan mulut-ke-mulut dan menekap luka tikaman.



Pasukan perubatan memberitahu media bahawa beberapa orang mengalami kecederaan dalam serangan di jambatan itu.



Seorang wanita juga dilaporkan diselamatkan dari Sungai Thames dalam serangan itu. Beliau dikatakan mengalami kecederaan serius.



Pegawai Perancis berkata, tiga pelajar Perancis berusia sektiar 15 dan 16 tahun adalah antara mereka yang cedera di jambatan.



Seluruh kawasan Westminster kini dikepung, sesi parlimen digantung dan anggota parlimen yang berada di dewan itu diberitahu supaya kekal di situ.



"Pegawai - termasuk pegawai bersenjata - mengawal di tempat kejadian dan kami menyifatkan ini sebagai insiden pengganas," kata polis dalam satu kenyataan.



Akhbar Telegraph memetik sumber kanan kerajaan sebagai berkata polis masih mencari suspek di kawasan parlimen.



Seorang wartawan BBC berkata dua penyerang dipercayai berada dalam kenderaan terbabit.



Para saksi berkata mereka melihat sekurang-kurangnya sedozen orang cedera di jambatan selepas mereka dilanggar sebuah kereta.



Gambar Reuters menunjukkan sekurang-kurangnya empat berbaring di tanah, ada yang berdarah teruk. Satu gambar menunjukkan ada tubuh terselit di bawah sebuah bas London.



"Saya lihat kereta tidak terkawal dan melanggar pejalan kaki di jambatan," seorang wanita memberitahu media Sky News. Beliau berada dalam bas pelancongan di jambatan ketika itu.



"Semasa kami merentasi jambatan, kami melihat orang terbaring, semestinya cedera, mungkin sekitar 10 orang. Perkhidmatan kecemasan mula tiba. Semua orang bertempiaran," ujarnya.



The Transport of London, sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab bagi sistem pengangkutan, menyatakan stesen bawah tanah di Westminster telah ditutup atas permintaan polis.



Polis memberi amaran orang ramai supaya mengelakkan kawasan di sekitar Westminster.



Pegawai tambahan telah dikerahkan di seluruh London.



Cik May akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa keselamatan kecemasan.



Sebelum itu beliau dilihat diiringi ke kereta Jaguar semasa bunyi seperti tembakan kedengaran di Parlimen ketika kejadian, menurut satu laporan.



Pejabat cik May mengesahkan beliau selamat.



Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah diberi taklimat mengenai kejadian itu, menurut CNN. Rumah Putih menyatakan beliau telah menghubungi Cik May selepas serangan itu.



Setiausaha Akhbar Amerika Syarikat Sean Spicer berkata Amerika mengutuk serangan itu dan memuji ketangkaan tindak balas polis British.



Canselor Jerman Angela Merkel melahirkan rasa terkejut dan menegaskan bahawa Jerman bersama Britain memerangi pengganasan.



Pada Disember, seorang lelaki Tunisia memandu sebuah trak ke sebuah pasaran perayaan yang sesak, menyebabkan 12 terkorban.



"Kami berdiri teguh dan menyebelahi Britain menentang sebagai bentuk pengganasan," katanya dalam satu kenyataan emel.



Menteri Dalam Negeri Thomas de Maiziere berkata serangan London itu mungkin insiden pengganas.



"Motif kejadian kejam itu belum dipastikan. Terdapat banyak tanda bahawa ia berlatar belakang pengganasan," kata beliau.



Insiden di London itu berlaku pada ulang tahun pertama serangan ke atas Brussels di Belgium.



Lampu di Menara Eiffel akan dimatikan pada tengah malam Rabu (7 pagi Khamis, waktu Singapura) menggambarkan perpaduan.



Britain mengambil tahap berjaga-jaga kedua tertinggi - bermakna kemungkinan serangan oleh militan dianggap tinggi. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >