AMMAN (Jordan): Lima orang maut selepas bangunan kediaman empat tingkat runtuh di ibu kota Jordan, Amman, kelmarin.
Usaha menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mangsa yang terselamat.
Saksi yang ditanya agensi berita Reuters berkata anggota pasukan pertahanan awam sedang mengalihkan serpihan dari bangunan runtuh untuk mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Sekitar 14 orang telah diselamatkan daripada runtuhan.
Perdana Menteri, Encik Bisher al Khasawneh, yang tiba di tempat kejadian, menggesa siasatan segera berkaitan keruntuhan di daerah Jabal al-Weibdeh di bahagian tengah bandar itu.
Polis mengepung kawasan berhampiran tapak runtuhan sedang orang ramai berkumpul.
Pegawai berkata salah satu punca runtuhan adalah keadaan bangunan yang rosak.
Satu sumber kehakiman memberitahu AFP bahawa pihak pendakwa telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu.
Jabal al-Weibdeh adalah antara daerah tertua di Amman - sejak awal abad ke-20 - dan didiami sebilangan besar penduduk asing. - AFP, Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg