ANNAPOLIS (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang membawa selaras senapang masuk ke pejabat sebuah akhbar kecil di Maryland kelmarin dan membunuh sekurang-kurangnya lima orang dalam serangan yang disasarkan dan antara serangan paling dahsyat ke atas saluran media Amerika, kata pihak berkuasa.
Suspek, digambarkan sebagai seorang lelaki kulit putih berusia 30-an tahun yang tinggal Maryland, masuk melewati pintu kaca, mencari mangsa dan kemudian menyemburkan bilik berita kumpulan akhbar Capital Gazette di Annapolis dengan tembakan, menurut polis dan saksi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg