Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5 maut, puluhan cedera kenderaan rempuh perarakan Krismas di Wisconsin

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sebuah kenderaan merempuh perarakan Hari Natal di Wisconsin, Amerika Syarikat menyebabkan beberapa orang terkorban, menurut polis semalam.



Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dan 40 tercedera, kata pemerintah dalam media sosialnya semalam.



Polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian yang berlaku sejurus selepas 4:30 petang (waktu tempatan), ketika penonton di bandar Waukesha, pinggir bandar Milwaukee, menyaksikan tradisi tahunan itu.



"Satu kenderaan utiliti sukan (SUV) merah merempuh perarakan Krismas kami yang kami adakan di pusat bandar," kata ketua polis Waukesha, Encik Dan Thompson kepada pemberita.



"Jabatan Polis Waukesha telah menemui kenderaan yang disyaki. Siasatan sedang diteruskan," katanya, sambil menambah bahawa pegawai telah mengenal pasti orang yang bertanggungjawab.



Encik Angelito Tenorio, yang bertanding untuk bendahari negeri Wisconsin dan berada di perarakan itu, memberitahu media Milwaukee Journal Sentinel bahawa beliau "melihat sebuah SUV melintas, hanya menekan pedal minyak dan memecut pada kelajuan penuh di sepanjang laluan perbarisan".



"Kemudian kami terdengar bunyi dentuman yang kuat, dan hanya tangisan dan jeritan yang kuat didengar daripada orang ramai yang dilanggar kenderaan itu," katanya.



Polis berkata, ramai orang telah dibawa ke hospital.



The Journal Sentinel pula melaporkan, rakaman bandar menunjukkan SUV itu memecut ke dalam perarakan di belakang pancaragam sekolah.



Gabenor Wisconsin, Encik Tony Evers, berkata beliau dan isterinya "berdoa untuk Waukesha malam ini dan semua kanak-kanak, keluarga dan ahli masyarakat yang terjejas oleh tindakan tidak masuk akal ini".



"Kami sedang berhubung dengan rakan kongsi tempatan sementara kami menunggu maklumat lanjut," tambahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >