Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 maut SUV rempuh kawasan beli-belah di Jerman

Dec 3, 2020 | 5:30 AM
MALANG TAK BERBAU: Anggota polis penyiasat dan paramedik menghulur bantuan kecemasan dan melakukan siasatan susulan kemalangan di Trier, Jerman, yang mengorbankan lima orang kelmarin. - Foto AFP
MALANG TAK BERBAU: Anggota polis penyiasat dan paramedik menghulur bantuan kecemasan dan melakukan siasatan susulan kemalangan di Trier, Jerman, yang mengorbankan lima orang kelmarin. - Foto AFP -

TRIER (Jerman): Lima terkorban, termasuk seorang bayi, apabila sebuah kenderaan merempuh orang ramai di kawasan membeli-belah, di sini, kelmarin, menurut polis selepas berjaya memberkas pemandu terbabit.

Pendakwa raya, Encik Peter Fritzen berkata, pemandu berusia 51 tahun itu adalah penduduk setempat dan dikatakan mengalami 'masalah sakit jiwa'.

Selain itu, pemandu berkenaan didakwa berada di bawah pengaruh alkohol ketika nahas berkenaan yang turut menyebabkan 14 mangsa lain cedera.

Polis berkata, mereka mendapati "tiada sebarang tanda motif politik" berhubung kejadian itu selepas menyoal siasat suspek.

Encik Fritzen pula memaklumkan, pihak pendakwa raya sedang mempertimbang untuk memohon agar suspek diletakkan bawah pemerhatian psikiatri.

Pada sidang media sama, Datuk Bandar Trier, Encik Wolfram Leibe, berkata, mangsa maut akibat dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu lelaki itu termasuklah seorang bayi berusia sembilan bulan dan wanita berumur 73 tahun.

"Saya fikir ini adalah hari paling hitam Trier selepas Perang Dunia Kedua," katanya.

Seorang wanita berusia 25 tahun dan lelaki berumur 45 tahun juga terkorban dalam insiden berkenaan, namun polis belum memaklumkan butiran mangsa kelima.

Ibu kepada bayi terbabit pula dilaporkan cedera dan menerima rawatan lanjut di hospital.

Terdahulu, saksi memberitahu mereka melihat mangsa melambung ke udara akibat dirempuh kenderaan itu.

Dalam satu perkembangan lain, pemerintah Jerman bercadang memberi rebat cukai kepada pekerja yang bekerja dari rumah ketika pandemik Covid-19, bagi meringankan beban membayar bil utiliti termasuk elektrik dan telekomunikasi.

Parti gabungan pimpinan Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, bersetuju dengan cadangan yang membolehkan pekerja mengurangkan bil cukai tahunan mereka sebanyak lima euro ($8.08) setiap hari bekerja, sehingga jumlah maksimum 600 euro ($970.02) setahun.

Menteri Kewangan, Encik Olaf Scholz berkata, usul cadangan itu dijangka akan dipersetujui di Parlimen bulan ini kerana ia 'baik untuk pekerja' dan bukan mengakibatkan cabaran fiskal besar bagi negara Jerman. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg