Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 negara beri amaran kepada PBB mengenai serangan perisian tebusan terhadap hospital

Nov 9, 2024 | 4:15 PM
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kira-kira 50 negara memberi amaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai peningkatan serangan perisian tebusan terhadap hospital
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kira-kira 50 negara memberi amaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai peningkatan serangan perisian tebusan terhadap hospital - Foto REUTERS

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kira-kira 50 negara mengeluarkan amaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 November mengenai peningkatan serangan perisian tebusan terhadap hospital, dengan Amerika Syarikat menyalahkan Russia.

Perisian tebusan atau ‘ransomware’ ialah sejenis pemerasan digital yang menyaksikan penggodam menyulitkan data mangsa - individu, syarikat atau institusi - dan meminta wang sebagai ‘tebusan’ untuk memulihkannya.

Serangan sedemikian ke atas hospital ‘boleh menjadi isu hidup dan mati’, menurut ketua WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketika berucap di mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada 8 November.

“Tinjauan menunjukkan bahawa serangan ke atas sektor jagaan kesihatan meningkat dari segi skala atau kekerapan,” kata Encik Ghebreyesus, menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk memerangi mereka.

Tambahnya, jenayah siber, termasuk perisian tebusan, menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan antarabangsa dan menggesa Majlis Keselamatan supaya menelitinya.

Kenyataan bersama yang ditandatangani lebih 50 negara - termasuk Korea Selatan, Ukraine, Jepun, Argentina, Perancis, Jerman dan Britain - memberi amaran sama.

“Serangan ini menimbulkan ancaman langsung kepada keselamatan awam dan membahayakan nyawa manusia dengan menjejas perkhidmatan penjagaan kesihatan yang kritikal.

“Ini menyebabkan kemudaratan ekonomi yang ketara, dan boleh menimbulkan ancaman kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa,” menurut kenyataan itu, yang dikongsi Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Cik Anne Neuberger.

Kenyataan itu juga mengutuk negara-negara yang ‘secara sedar’ membenarkan mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan perisian tebusan beroperasi dari negara berkenaan.

Pada pertemuan itu, Cik Neuberger, yang secara langsung menamakan Moscow berkata: “Beberapa negara - terutama Russia - terus membenarkan dalang perisian tebusan untuk bebas beroperasi daripada wilayah mereka”.

Perancis dan Korea Selatan pula menuding jari menyalahkan Korea Utara sebagai sebuah lagi negara yang melindungi penyerang perisian tebusan.

Duta Russia ke PBB, Encik Vassili Nebenzia, mempertahankan negaranya dengan mendakwa Majlis Keselamatan bukanlah forum yang sesuai menangani jenayah siber.

“Kami percaya bahawa mesyuarat hari ini tidak boleh dianggap sebagai penggunaan munasabah masa dan sumber Majlis Keselamatan,” katanya. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg