Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

50 negara di PBB kecam pencabulan hak asasi di wilayah Xinjiang

Beijing tolak dakwaan, menegaskan ia sedang perangi keganasan, bantu pembangunan wilayah
Nov 02, 2022 | 05:30 AM



PBB: Sehingga 50 negara kelmarin menandatangani kenyataan yang dibacakan semasa perbahasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam pencabulan hak asasi manusia yang "serius dan sistematik" di wilayah Xinjiang, China.



"Kami amat prihatin terhadap keadaan hak asasi manusia di Republik Rakyat China, terutamanya pencabulan hak asasi manusia yang berterusan terhadap kaum Uyghur dan minoriti lain, yang kebanyakannya beragama Islam di Xinjiang," kata kenyataan itu, yang dibacakan oleh Canada semasa perbahasan Perhimpunan Agung PBB Jawatankuasa Ketiga, yang mengawasi hak asasi manusia.



Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) Ogos lalu menerbitkan laporan yang dinantikan mengenai Xinjiang, memetik kemungkinan berlaku jenayah kemanusiaan terhadap Uyghur dan minoriti Islam lain di wilayah pendalaman barat.



Beijing menolak dakwaan itu, menegaskan ia sedang memerangi keganasan dan memastikan pembangunan wilayah itu.



"Pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan sistematik seperti itu tidak boleh dibenarkan atas dasar memerangi keganasan. Memandangkan pentingnya penilaian OHCHR, kami bimbang China setakat ini enggan membincangkan penemuannya," tambah kenyataan itu.



Sejumlah 50 penandatangan itu termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis, Australia, Israel, Turkey, Guatemala dan juga Somalia.



Mereka menggesa Beijing supaya "melaksanakan saranan penilaian OHCHR" termasuk "mengambil langkah segera membebaskan semua individu yang sewenang-wenangnya disekat kebebasan mereka di Xinjiang, dan segera menjelaskan nasib dan lokasi ahli keluarga yang hilang dan memudahkan hubungan selamat dan pertemuan semula".



Pada awal bulan lalu, China berjaya mengelak perbincangan laporan OHCHR di Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva selepas majoriti 47 anggota badan itu menghalang permulaan perdebatan.



Human Rights Watch, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa, meminta Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya "berusaha lagi" mengadakan perbahasan itu "secepat mungkin".



"Jelas sekali, momentum diplomatik semakin meningkat untuk memastikan Beijing bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia," kata pengarah NGO itu, Encik Louis Charbonneau.



"Pemantau Hak Asasi Manusia menggesa ahli majlis supaya mencuba sekali lagi pada tarikh seawal mungkin untuk membincangkan dan mempertimbangkan pilihan untuk mewujudkan mekanisme yang disokong PBB untuk menyiasat lebih lanjut tanggungjawab pemerintah China terhadap pencabulan hak asasi manusia," tambahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >