SYDNEY: Kira-kira 500 pelajar dan guru dipindahkan dari perpustakaan sebuah universiti di Melbourne, Australia pada Sabtu (28 April) dan anggota bomba dikerahkan ke sana siap dengan memakai alat pernafasan.

Ini setelah bau busuk dihidu di kampus Universiti RMIT di Latrobe Street itu, menimbulkan kebimbangan berlaku kebocoran gas.