Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5,000 dipindahkan dari pulau percutian Sepanyol akibat kebakaran

Aug 19, 2019 | 03:51 PM



MOMO DEL PINO - SATU kebakaran di pulau percutian Sepanyol di Gran Canaria memaksa pemindahan kira-kira 5,000 orang, menurut laporan Agence France Presse (AFP). 



Kebakaran yang berlaku semalam (18 Ogos) mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dikawal, menurut pihak berkuasa.



Kebakaran itu telah merebak ke kawasan pergunungan Cruz de Tejeda, yang popular dengan pelancong kerana pemandangannya yang menakjubkan.



Dalam satu kenyataan, Presiden Kepulauan Canary, Angel Victor Torres, menyifatkan kebakaran itu sebagai "sangat marak" dan "tidak stabil". 



Tiada kematian telah dilaporkan.



Lebih 600 anggota bomba dan 14 pesawat telahpun dikerahkan untuk mengawal api, namun usaha mereka dihalang oleh angin kencang dan suhu tinggi.



Gran Canaria adalah pulau kedua terbesar di Kepulauan Canary, yang terletak di Lautan Atlantik, di pantai barat laut Afrika. 



Kepulauan Canary menerima 13.7 juta pelancong asing tahun lalu, separuh daripada mereka merupakan pelancong dari Britain dan Jerman. 



Sepanyol sering mengalami kebakaran hutan yang luas kerana iklim musim panasnya yang gersang. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >