Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50,000 dikhuatiri masih terperangkap di timur Aleppo

Dec 16, 2016 | 9:13 AM
SELAMATKAN DIRI: Sekumpulan warga Syria berkumpul di kawasan kejiranan al-Amiriyah yang dikuasai kumpulan penentang, sementara menunggu untuk diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan yang dikuasai pemerintah di Ramoussa di pinggir timur bandar itu semalam. Sumber tentera Syria mengesahkan bahawa satu perjanjian telah dicapai selepas rancangan menyelamat pertama gagal sehari sebelumnya di tengah-tengah serangan yang kembali bermula. Stesen televisyen pemerintah Syria melaporkan terdapat sekitar 4,000 penentang bersenjata dan ahli keluarga mereka perlu diselamatkan. - Foto AFP
SELAMATKAN DIRI: Sekumpulan warga Syria berkumpul di kawasan kejiranan al-Amiriyah yang dikuasai kumpulan penentang, sementara menunggu untuk diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan yang dikuasai pemerintah di Ramoussa di pinggir timur bandar itu semalam. Sumber tentera Syria mengesahkan bahawa satu perjanjian telah dicapai selepas rancangan menyelamat pertama gagal sehari sebelumnya di tengah-tengah serangan yang kembali bermula. Stesen televisyen pemerintah Syria melaporkan terdapat sekitar 4,000 penentang bersenjata dan ahli keluarga mereka perlu diselamatkan. - Foto AFP -

PARIS (Perancis): Keadaan di timur Aleppo makin runcing dengan kira-kira 50,000 orang, kebanyakannya dipercayai orang awam, dilaporkan masih terperangkap biarpun persetujuan dicapai untuk memindahkan mereka.

"Terdapat 50,000 orang termasuk 40,000 orang awam yang tidak bernasib baik masih berada di sebahagian bandar itu.

"Kumpulan lain melibatkan pejuang yang jumlahnya mencecah antara 1,500 dan 5,000 yang bersama ahli keluarga mereka," kata wakil keamanan PBB, Encik Staffan de Mistura kepada pihak media bersama Menteri Luar Perancis, Encik Jean-Marc Ayrault.

Turkey sebelum ini menyatakan angka telahpun mencapai antara 80,000 hingga 100,000 orang awam yang kemungkinan masih terperangkap di timur Aleppo.

"Tumpuan utama kali ialah wakil PBB mesti berada bersama mereka (yang dipindahkan) dan pejuang berkenaan mesti dihormati mengikut syarat dalam persetujuan pemindahan itu," kata De Mistura.

Mengikut syarat pemindahan keluar yang dipersetujui antara rejim tentera yang disokong Russia dengan pemberontak yang disokong Turkey, mereka yang dipindahkan keluar dari timur Aleppo akan dibawa ke Wilayah Idlib di barat daya Syria.

"Kami juga tidak tahu apa akan berlaku di Idlib. Sekiranya tiada perjanjian politik dan gencatan senjata, Idlib akan menjadi Aleppo yang seterusnya," kata Encik De Mistura.

Sementara itu, Encik Ayrault berkata, Perancis mendesak supaya pemerhati dan pegawai PBB segera dihantar ke wilayah berkenaan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg