Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

53 banduan larikan diri dari penjara Indonesia

Jan 8, 2024 | 3:12 PM
BANDUAN LARIKAN DIRI: Penjara Sorong, di barat daya wilayah Papua, timur Indonesia teah menyaksikan lebih 50 banduan telah melarikan diri dari penjara itu pada 7 Januari.
BANDUAN LARIKAN DIRI: Penjara Sorong, di barat daya wilayah Papua, timur Indonesia teah menyaksikan lebih 50 banduan telah melarikan diri dari penjara itu pada 7 Januari. - Foto fail

JAKARTA: Lebih 50 banduan melarikan diri dari penjara di Sorong, di barat daya wilayah Papua, timur Indonesia, pada 7 Januari, kata pegawai.

Daripada 53 banduan yang melarikan diri dari Penjara Kelas II B Penjara Sorong, hanya enam ditahan semula, kata Ketua Polis Bandaraya Sorong, Pesuruhjaya, Encik Happy Perdana Yudianto, mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi (10 pagi waktu Singapura).

Polis cuba menangkap semula banduan.

“Usaha yang kami lakukan juga menyekat jalan raya di luar Bandar Sorong, pelabuhan dan lapangan terbang, sambil mengumpul data mengenai banduan yang melarikan diri itu,” kata Encik Happy.

Beliau berkata banduan yang melarikan diri telah disabitkan dengan jenayah am dan kesalahan dadah.

Ketua Penjara Sorong, Encik Manuel Yenusi, berkata bahawa sebelum melarikan diri beramai-ramai, terdapat acara bersembahyang dijalankan pada pagi 7 Januari.

“Bagaimanapun, sekitar 11 pagi, acara selesai, ternyata banduan menceroboh (pos) keselamatan, mengugut dua pegawai pengawal dan membaling mercun sehingga berlaku letupan.

“Kemudian, berpuluh-puluh banduan melarikan diri,” ujar Encik Manuel.

Sebelum kejadian besar-besaran itu, Penjara Sorong menahan 543 banduan, yang jauh melebihi kapasiti 250 banduan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg