Topik diikuti
Pergi ke BHku58 maut apabila dua pengebom nekad serang kem pelarian di Nigeria

Feb 12, 2016 | 5:30 AM
58 maut apabila dua pengebom nekad serang kem pelarian di Nigeria
MAIDUGURI (Nigeria): Dua pengebom nekad wanita meletupkan diri di kem pelarian timur laut Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 58 orang terkorban, kelmarin.
Seorang pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Borno berkata kira-kira 78 orang cedera dalam kejadian itu, yang berlaku di kem yang dihuni kira-kira 50,000 orang yang diusir kumpulan militan Boko Haram.