Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

6 ditembak mati: Polis Indonesia, FPI beri laporan bercanggah

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Perbezaan cerita antara pihak polis Indonesia dengan Front Pembela Islam (FPI) berkaitan kematian enam anggota kumpulan itu dalam satu perbalahan awal pagi kelmarin telah mendorong beberapa pihak menuntut agar diadakan siasatan lanjut.



Ini berikutan pertembungan antara anggota polis dan penyokong pemimpin FPI Rizieq Shihab di bahagian jalan tol Jakarta-Cikampek, yang mengakibatkan kematian enam orang.



Ketua Polis Jakarta Inspektor Jeneral Fadil Imran berkata pihaknya telah mengerahkan enam anggota pada tengah malam untuk mengekori kenderaan yang dikatakan milik penyokong Encik Rizieq, lapor The Jakarta Post.



Ini menyusuli maklumat mengenai rancangan yang didakwa dibuat anggota FPI untuk mengganggu soal siasat ulama itu oleh polis, yang dijadual berlangsung di ibu pejabat Polis Jakarta pada 10 pagi.



Encik Rizieq dipanggil polis Jakarta mengenai tuduhan pelanggaran protokol kesihatan awam semasa satu perhimpunan besar-besaran pada bulan lalu.



Jeneral Fadil mendakwa pemandu kereta yang diekori itu sedar mereka diekori, dan kemudian menghalang kereta polis itu.



Penyokong Encik Rizieq kemudian didakwa menyerang pegawai polis menggunakan senjata api dan senjata tajam, kongsi beliau.



"Pegawai polis, yang sedar keselamatan mereka terancam, bertindak balas dengan mengambil tindakan tegas," katanya dalam satu sidang media di televisyen.



Beliau menambah, enam daripada 10 penyerang itu mati ditembak akibat konflik itu. Yang lain berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.



"Kami meminta Rizieq dan penyokongnya agar tidak mengganggu proses penyiasatan kerana tindakan itu merupakan satu feloni (jenayah)," katanya, sambil menambah bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap ancaman yang ditujukan kepada polis.



Memberi responsnya, pengerusi FPI, Encik Ahmad Shabri Lubis, dan setiausaha agung, Encik Munarman, pula memberi akaun cerita yang berlainan dan bercanggah dengan kronologi akaun polis.



Encik Ahmad mendakwa sebilangan individu tidak dikenali menyerang Encik Rizieq dan rombongannya berhampiran jalan tol Kerawang Timur pada waktu tersebut, lapor The Jakarta Post.



"Rizieq dan keluarganya, termasuk cucunya, sedang dalam perjalanan ke satu perhimpunan agama keluarga apabila mereka diminta berhenti oleh beberapa orang yang tidak dikenali," katanya, sambil menambah beliau mengesyaki individu itu sebagai pegawai pengawasan yang bertujuan mengancam Encik Rizieq.



Encik Ahmad kemudian mendakwa kumpulan tidak dikenali itu menembak salah satu kereta yang membawa enam anggota FPI dan terus "menculik" mereka.



"Kereta yang membawa enam anggota itu masih hilang. Kami berdoa agar anggota yang diculik selamat dan sihat," katanya.



Tindakan tegas polis terhadap penyerang itu telah menimbulkan reaksi daripada pemerhati.



Ketua Pemerhati Polis Indonesia (IPW) Neta S. Pane meminta dibentuk segera pasukan pencari fakta bebas untuk menjelaskan bagaimana pertembungan itu sebenarnya berlaku, memandangkan ada perbezaan antara kisah polis dan FPI.



Encik Herman Hery, seorang anggota Suruhanjaya Dewan Perwakilan III, berkata walaupun undang-undang membenarkan polis bertindak terhadap seseorang yang mengancam keselamatan orang lain atau polis sendiri, polis Jakarta masih perlu menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.



Pengarah eksekutif Amnesty International Indonesia, Encik Usman Hamid, meminta ketelusan penuh polis terhadap insiden penembakan yang mengorbankan enam orang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >